3 may 2009 hari Sabtu pukul 1.39 pagi di Ipoh,Perak.Hari yang amat menyedihkan kerana nenek saya meninggal dunia akibat sesak nafas di kerongkongnya.Sebelum hari nenek saya meninggal dunia saya berada di Kota Bharu,Kelantan.Saya berada di sana kerana kami sekeluarga pergi mengambil angah saya yang bernama Ahmad Amirul Mirza yang belajar di Besut,Terengganu.Selepas kami mengambil dia kami menginap di hotel yang bernama ''Grand Riverview Hotel''.Kami sekeluarga tidur dengan nyenyak kecuali abang sulung saya yang bernama Ahmad Amirul Muqri.Dia bermain dengan ''laptop'' ayah saya.Pada pukul 12.27 tengah malam tiba-tiba abang saya terdengar bunyi telefon mak saya.Sebanyak 39 ''missed call''.Abang saya mula takut dan dia biarkan sahaja.Selepas itu ada satu mesej mengatakan ''nenek sudah tenat''.Selepas itu kami sekeluarga pun beredar dari hotel dan pergi ke Ipoh.Itulah pengalaman yang menyedihkan saya.....................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment